Tuesday, August 24, 2010

Update #6


Setelah hampir 2 bulan CT pakai kasut selipar je, akhirnya minggu lepas aku telah membelikan CT kasut sukan sekenhen jenama JRD buatan German. Kasut sokan ni dibeli dari seorang brader dari Seremban yang mengiklankan di dalam mudah.com.my. Setelah menalipon dedua pihak berjanji utntuk bertemu di stesen minyak Shell lepas tol Sungai Besi arah selatan. Kejadian tawar menawar berlaku dan selepas 10 minit kejadian tawar, akhir kedua2 pihak bersetuju dengan harga kasut sokan tersebut. Spec kasut sokan tersebut adalah 13inci, lebar 6.5jj dan offset yang aku tak pasti. Yang pasti memang ngam2 masuk kat kaki CT..

No comments:

Post a Comment